hai kawan semua....
masa tengah boring2 baca la nie kat internet...
so, nak sharing la dengan kaawan2 semua...:)
Rasa
sayang itu kurniaan Allah yang tidak ternilai, dengan hadirnya perasaan
itu kita merasa bahagia. Sayang itu bukan suatu sumpahan yang
merosakkan jiwa manusia. Andai kita fahami erti kasih sayang sebenar
pastinya kita tak akan rasa kecewa. Kerana rasa sayang itulah ibu dan
bapa menjaga kita dengan baik, adik beradik menjadi rapat, sahabat
sentiasa menyokong antara satu sama lain dan jiran sentiasa bertolak
ansur.
Seringkali
kita tafsirkan sayang itu bermakna adanya teman sehati sejiwa atau
dinamakan kekasih sentiasa menyayangi dan ada disisi kita. Terlalu cetek
pandangan kita. Padahal Allah telah memberikan kasih sayang yang tidak
berbelah bahagi pada setiap hambaNya. Rasa sayang yang tak pernah
dikhianati. Kita menangis apabila dikhianati kekasih namun terlupa kita
telah mengkhianati kasih sayang Allah selama ini. Kita kecewa bila kita
diabaikan, namun tanpa disedari kita telah mengabaikan tanggungjawab
kita sebagai hamba Allah. Duduklah sebentar dan kenang kembali bilakah
kali terakhir kita mengalirkan air mata atas kesilapan dan dosa kita
selama ini? Bilakah kali terakhir kita mengucapkan syukur atas segala
nikmat Allah yang melimpah ruah dicurahkan pada kita selama ini?
Kita
boleh menghabiskan berpuluh ringgit untuk menghantar pesanan dan
berbual dengan kekasih tetapi pernahkan kita buat perkara yang sama
dengan ibu dan ayah kita? Kita menghabiskan masa berjam-jam lamanya
berjumpa kekasih hati, bolehkah kita menghabiskan masa yang sama untuk
tunduk dan patuh serta beribadat kepada Allah Yang Maha Esa?
Rasa
sayang kita itu tidak termaktub pada kekasih hati sahaja, ianya cukup
luas. Kasih pada Allah dan rasulNya, kasih pada ibu bapa, keluarga,
sahabat dan jiran tetangga. Andai sudah memiliki cinta kerana Allah
peliharalah ia, jagalah ia dan bawalah kasih sayang itu mengikut syariat
Islam namun jika masih belum memiliki cinta, tumpahlah kasih sayang
pada yang sepatutnya. Salurkan kasih saying itu kepada Allah, sudah
pastilah cinta kita akan berbalas dan tidak akan sesekali dikhianati.
Curahkan sayang yang tidak berbelah bahagi kepada ibu bapa,itulah makna
kebahagiaan yang sebenar. Apabila kehilangan seseorang ingatlah yang
masih kekal disisi kita masih terlalu ramai. Rawatlah jiwa yang terluka,
jadikan kekecewaan itu satu permulaan untuk kita mengenali siapa diri
kita yang sebenarnya, jadilah hamba Allah yang lebih baik. Andai Allah
izinkan kita menyayangi dia tak mustahil kita akan dianugerah seseorang
yang lebih baik darinya. Yakinlah dengan takdir Allah s.w.t, pasti
seseorang akan hadir dalam hidup kita. Mohonlah keampunan dariNya atas
segala kekhilafan kita selama ini. Allah s.w.t sentiasa memberikan kita
kebahagiaan namun terus berada dalam kesedihan itu adalah pilihan kita
sendiri. Marilah kita sama-sama berdoa memohon kebahagiaan dunia akhirat
kepada Allah. Semoga bunga-bunga bahagia sentiasa mekar di dalam hati
kita semua. InsyaAllah.
Ya Allah Ya Tuhanku
Ya Maha Pengasih dan Maha Pemurah
Aku mohon hadirkanlah teman hidup buatku
Aku mohon mempunyai pasangan didunia dan di akhirat
Ya Allah Ya Tuhanku
Andai aku jatuh cinta jangan biarkan cintaku padanya melebihi cintaku padaMu dan RasulMu
Andai aku rindu jangan biarkan rinduku padanya melebihi rinduku padaMu dan RasulMu
Andai benar dia untukku
Jodoh yang terbaik buatku
Aku mohon kau pertemukan jodoh kami
Kau permudahkanlah urusan kami
Rantaikan ikatan kasih sayang antara kami
Jadikanlah kami pasangan yang sentiasa mendekatkan diri padaMu
Berilah kebahagiaan dunia akhirat buat kami berdua
Semoga cinta dan rindu antara kami hanyalah semata-mata keranaMu Ya Allah.ok lah t kita talk2 lagi..bye bedah...
2 comments:
follow ur blog . follow me back :)
done follow u
Post a Comment